Friday, December 25, 2009

jimat RM 240

kalau rokok je boleh kurangkan stress... aku tak kesah stress...
kalau merokok 'style & trend'... aku tak kesah jadi 'kampung'

Tuesday, December 15, 2009

seni

tahniah Mr MIBS..




pupuklah 'kesenian' sedari kecil ye....

Sunday, December 13, 2009

atas 5 filem

lupakan bolasepak... 5 pilihan filem tahun 2009

1.rasa risau takut bosan jugak nak tengok filem menang academy awards ni, takut terlalu filem 'orang-orang filem'.. tapi pengarah filem ni terer, membikin filem yang isunya serius dengan jalan cerita yang tak bosan & kelakar.. aku rasa genius tu.... aku rasa la..


2.aku da cite dalam post lama

3.sekumpulan DJ takde kawalan, rock n roll & rock star attitude... dengan berpuluh lagu-lagu rock & roll 60an... sangat-sangat UK!
"really nice guy, long hair with no shoes??"~Thick kevin


4.filem Quentin Tarantino : kejam, sound effects,music & kelakar.. superb!

5.ROFL!




p/s:kredit untuk kertaskosong.

Saturday, December 12, 2009

Park ji Sung is a joke!! bukan joker.. joker cool...

bila bermain dgn team yang mempunyai taktikal negatif football,  Pak Alex tak sepatutnya turun dengan mentaliti negatif football juge.. dari formation awal ke Park Ji Sung semacam tak kena dari awal pun.. macam pakai baju melayu dengan cap... takde cara Park dlm line up first eleven United in hundred years pun.. mamat ni tak terer.. selain berlari-lari seluruh padang dan out position sepanjang masa... takde ape pun bole dia 'tawarkan'... muka pun tak hensem.. aku memang sudah jatuh benci pandang pertama dengan mamat korea nih...
dari segi defensive pulak sangat-sangat goyang pasal masing-masing sibuk nak buat through ball, yang majoritinya sangkut... duh! mereka patut faham ade sebab kenapa dalam formation pasukan ade tiga atau empat midfielder... lepas tu ape neraka main sorang striker di old trafford dengan team lawan yang bermain dengan sepuluh defender?? 
separuh masa kedua pulak Pak Alex semacam 'meletak garam di tempat luka!'  
keluarkan giggs yang banyak menggerakkan attacking united masa first half & atas alasan ape Park maseh bermain?? hanya Alakay layak tentukan...
memasukkan Berbatov menggantikan Park jugak sudah agak caca merba & terlambat... ade tiga striker & masing-masing out position... meletakkan Rooney jadi winger bukan masalah, masalahnya Rooney ialah striker! yang terer giler... masalah akan settle kalau Owen/Berbatov ganti Park di half time... Giggs main wing kiri... tak payah guna desperate subtitute, nanti semua taktikal akan  jadi kusyairi kacairi.... macam game tadi


Pak Alex, u suke adik perempuan Park Ji Sung ke?? 
 

Malaysian Maverick

'sumpahan minyak'








p/s: as a statesman.. Ku Li memang xdapat pengiktirafan yang cukup & sememangnya saya bukan fanatik Dr M.. saya lahir di Kota Bharu...

Thursday, December 10, 2009

hangover

daripada 27 juta rakyat malaysia, 20 juta adalah photographer...


harap-harap 3d visualizer kekal macam sekarang.......

Wednesday, December 9, 2009

3d & watermark



sekadar nak ikut trend... nanti dikata 'kampung' pulak...


Tuesday, December 8, 2009

F tendang, A ketuk kepala M


hari ni kewajaran aku ke atas bolasepak malaysia makin takde.. eh da xde langsung!  BACA!

FAM ubah lagi format liga bolasepak malaysia hanya untuk membolehkan pahang masuk blk dlm liga super.. panti ape ni?? untuk pengetahuan format liga super dirombak byk kali dah hanya untuk menyelamatkan pasukan kesayangan tuan presiden nih... 
peringkat liga pun da korupsi ade hati nak target ke piala dunia..
ni la masalah bila orang nak berpesatuan dia nak berpesatuan... kalau di maki hamun di kata derhaka.. dinasihat di kata derhaka.. ditegur di kata derhaka... di lawan silap-silap ditendang buang negeri..    

sekarang xkan nak kena bgtau lagi kenapa bolasepak malaysia macam tahi??

FAM wajib bubar

Sunday, December 6, 2009

sigh

saya dambakan tido lebey dari ape2 saje termasuk gadis brunette bogel..




ini post paling serius...

tak payah tajuk pun takpe

Saturday, December 5, 2009

memilih untuk tidak memilih

Hari ini membuat pilihan sama susah dengan membina empayar dunia.. mungkin membuat pilihan antara chelsea atau manchester united sangat mudah.. memilih antara biru atau merah juga barangkali sangat mudah tp mcmana kalau kita perlu memilih antara ulamak atau Tayyip Erdogan? 
Tayyip Erdogan ialah perdana menteri turki & bekas pemain bolasepak.. Erdogan mengamalkan dasar sekular dalam pemerintahan.. sekular memisahkan agama dengan pemerintahan.. Urusan agama tidak boleh dicampur sama dengan pemerintahan... urusan pemerintah itu juga tidak boleh masuk campur soal agama.. ulamak pula tokoh agama dalam islam yang menganggap sekular ialah idea kafir & agama dengan pemerintahan tidak boleh dipisahkan.. 
walaupun aku sangat membenci kenyataan menghukum aku maseh hormati ulamak.. & Erdogan yang berusaha mengembalikan kegemilan islam di turki, aku juga harus hormati.. 
Bagi Erdogan, bersalam dengan wanita diperlukan bagi merapatkan hubungan silaturrahim. Tetapi selepas itu beliau akan memohon keampunan kepada Tuhan.. bagi ulamak mereka yang beria-ia sangat mempertahankan hukum bersalaman lelaki-wanita sering mengunakan hujjah yang mereka sendiri palsukan. Nabi tidak pernah bersalam dengan wanita.. 

Erdogan pernah juga dipenjara hanya kerana pro islam di negara empayar islam yang pernah memerintah dunia.. hampir setahun.. Apa yang menarik yang berlaku sekarang di Turki, wanita sudah dibenarkan bertudung di kawasan umum dan di bangunan pemerintahan. Islam berkembang 
dan tidak lagi dikongkong... corak pemerintahan telah membawa satu imej yang bersih,yang punyai integriti...

kafirkah Erdogan? 

aku memilih untuk tidak memilih



p/s:mudahnya memilih manchester united dari chelsea sama mudah dengan memilih duit sejuta atau duit seringgit..  

Tuesday, December 1, 2009

9166

hari sabtu di KB ade serempak dgn satu awek & itu bukan masalah.. masalahnya da brape hari ni maseh melekat lagi dlm kepala... cuma mungkin kali ni aku suka masalah ni...
mungkin juga pasal dia pakai baju kurung or mungkin juga pasal x semua orang setuju 'kewujudan' dia..
mahal tu... kalau semua bersetuju akan jadi biasa-biasa saje.. dalam hati aku.. i likeee.......