Thursday, January 28, 2010

(2)

Wisma Atria di singapura dah didirikan dari tahun 86 lagi..kat sini la penggemar-penggemar fesyen berkumpul, kira tempat stylo la ni, kat sini nak cari gadis-gadis dengan rambut nipis tepi sebelah macam Cassey takde masalah rasanya, gadis-gadis yang ade kelas macam Deanna Yussof pun lepak sini jugak..ade 94 fesyen outlet yang terkenal dalam ni...

*Wisma Aizta pulak tak menjanjikan semua yang disajikan Wisma Atria.. Wisma Aizta hanya wujud dari cinta gadis kaya bertudung yang pandai mengaji & dibesarkan oleh bapanya, seorang Tan Sri & seorang abang yang pada hari ini sudah hilang ingatan..


Dari sini lah segala permulaan kepada sebuah kisah cinta klasik untuk masa depan...








*Wisma Aizta ialah sebuah wisma pusaka yang beroperasi dengan penuh rasa dengki persekitaran dari board-board director...

Thursday, January 21, 2010

zaman sekarang bodoh dah takde limit

designer suka untuk menyalahkan 3d bila design mereka direject bos atau client.. so mereka akan pulang & cuba untuk mengubah atau menambah mutu.. biasanya perkara pertama akan disalahkan ialah lighting atau mood.. so kita terpaksa mengubah overall mood & lighting.. biasanya ia tak banyak merubah overall look sesuatu 3d.. ade perubahan tapi dengan minimal impak..
so mereka teruskan dengan menyalahkan modelling pulak.. kalau melibatkan furniture alasan biasa adalah 'nampak keras'... so kita terpaksa buat balik, walaupun semuanya library dari evermotion... lagi sekali minimal impak..
biasanya kesalahan demi kesalahan & godekan demi godekan...

minimal impak..

designer-designer membuat kesalahan yang sama persis Benjamin Braddock: percaya bahawa kesilapan tergantung pada orang lain, dan jika mereka memperbetulkan kesilapan orang itu mereka akan mencapai kesempurnaan

tak guna

muka cun body ok tapi kelam kabut macam miss Loo tak guna jugak...

tak guna jugak kalau bagi orang buat 3d lepas tu setiap 2 minit duduk belakang orang tanya da siap ke/ cantik ke...

tapi lagi tak guna kalau pakai kereta bawak awek tu bawak awek ni kompang awek tu kompang awek ni tapi bulan-bulan tak bayar... tak guna..

Tuesday, January 19, 2010

siri bercakap dengan designer...

"i nak ammend sket sebab overall 3d nampak fat..."

klasik... kehkehkeh :)






akak-akak designer sekalian.. bercakap dengan term-term seorang 3d semacam mapping, render & modelling tak memungkinkan akak-akak tahu pasal 3d... elok akak-akak buat design betul-betul & saya buat 3d betul-betul...

& percayalah, 3d yang bersoul tu hanya wujud dalam mind seorang designer yang kuat berangan terer sahaja...

sekian..

Sunday, January 10, 2010

saya tahu saya tahu

aku da agak orang nama aizat memang terer-terer semua...

Friday, January 8, 2010

tak alim tak jahil tak pandai tapi ambik tahu

hari paling sedih dalam sejarah malaysia... politik da takde isu ke?

Tuesday, January 5, 2010

potong

muka cun, sexy, ade style & smart.. tp dekat blog ada banyak glitter-glitter pulak..

Monday, January 4, 2010

2010

selamat tahun baru
tapi ape cite tiap-tiap tahun baru je mesti sambut giler-giler?.. celebrate tiap2 tahun pun x boring-boring ke?? lepas tu ape cite pulak tahun baru je kena ada konsert??? yang ni paling takde kena mengena...


oklah sempena tahun baru, en Mibs dah settle menyiapkan satu blog khas untuk 3d-3d designer "jom 3d" (walaupun nama jom 3d ni macam kempen-kempen kerajaan & kempen-kempen RTM..work-work 3d dalam ni subhanallah stylo-stylo, hip & trendy belaka..) aku fikir relevannya aku kena buat satu lagi blog khas untuk 3d la jugak pasal blog 27 ni da terlanjur jauh dah dari blog 3d... masalahnya aku dok fikir nama blog saje dah makan sebulan.. ape benda... kalau pun nama blog da settle, aku kena pulak belek-belek 3d yang nak dipost, boleh makan tahun tu nak cari yang elok... harap-harap tuhan merahmati aku...


azam aku tahun ni nak pindah rumah banglo 3 tingkat, bercinta dengan anak Tan Sri & bukak shopping complex sendiri.. kawan-kawan tak payah bayar parking, nanti aku bagi kupon.. harap-harap tuhan merahmati aku




p/s:kredit untuk Mibs