Saturday, December 5, 2009

memilih untuk tidak memilih

Hari ini membuat pilihan sama susah dengan membina empayar dunia.. mungkin membuat pilihan antara chelsea atau manchester united sangat mudah.. memilih antara biru atau merah juga barangkali sangat mudah tp mcmana kalau kita perlu memilih antara ulamak atau Tayyip Erdogan? 
Tayyip Erdogan ialah perdana menteri turki & bekas pemain bolasepak.. Erdogan mengamalkan dasar sekular dalam pemerintahan.. sekular memisahkan agama dengan pemerintahan.. Urusan agama tidak boleh dicampur sama dengan pemerintahan... urusan pemerintah itu juga tidak boleh masuk campur soal agama.. ulamak pula tokoh agama dalam islam yang menganggap sekular ialah idea kafir & agama dengan pemerintahan tidak boleh dipisahkan.. 
walaupun aku sangat membenci kenyataan menghukum aku maseh hormati ulamak.. & Erdogan yang berusaha mengembalikan kegemilan islam di turki, aku juga harus hormati.. 
Bagi Erdogan, bersalam dengan wanita diperlukan bagi merapatkan hubungan silaturrahim. Tetapi selepas itu beliau akan memohon keampunan kepada Tuhan.. bagi ulamak mereka yang beria-ia sangat mempertahankan hukum bersalaman lelaki-wanita sering mengunakan hujjah yang mereka sendiri palsukan. Nabi tidak pernah bersalam dengan wanita.. 

Erdogan pernah juga dipenjara hanya kerana pro islam di negara empayar islam yang pernah memerintah dunia.. hampir setahun.. Apa yang menarik yang berlaku sekarang di Turki, wanita sudah dibenarkan bertudung di kawasan umum dan di bangunan pemerintahan. Islam berkembang 
dan tidak lagi dikongkong... corak pemerintahan telah membawa satu imej yang bersih,yang punyai integriti...

kafirkah Erdogan? 

aku memilih untuk tidak memilih



p/s:mudahnya memilih manchester united dari chelsea sama mudah dengan memilih duit sejuta atau duit seringgit..  

2 comments: